Wednesday, February 3, 2010

Defect - Desa Bestari

Salam, ni antara contoh2 defects yang ada pada rumah aku... tang tangga tu yg paling menyedihkan hati.. apa la diorang buat keje sambil lewa ni.




ni pulak kat master bedroom tingkat atas... habis berlubang depa kerja kan. aku igt diorang nak repair laluan air dari planter tu laa... FYI, air meleleh turun kat syiling carporch dan dinding living hall... to be specific kuar dari area fiusbox... !!!!




Tingkap pun pasang tak betul... ni kat bilik kedua di atas...


Toyota Supra Yg Pelik


Gambar ni aku ambil masa aku tukar tayar wira aku di area Bukit Kemuning. Bunyik keta ni bising tak ingat. Habis semua orang kat shoplot tu keluar... manusia bila dah byk duit ni macam2 yang dia buat. janji hati puas,... enjoy the pics..









Wednesday, August 5, 2009

E-group for Desa Bestarians


Guys, aku dah create e-group untuk penghuni2 Taman Desa Bestari... feel free to join in. Aku tak buat restriction untuk sesape join... boleh laa buat salam perkenalan untuk diri masing2 kat situ..

click this link:

http://groups.yahoo.com/group/desa_bestari/

Thursday, July 23, 2009

Wednesday, July 22, 2009

Sedapnya Udang Geragau

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.



Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjin -anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran. Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau ini? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


Secret Of The Hidden Time

Secret Of The Hidden Time

Since last night my young son has been unwell. When I got back from work this evening I decided to take him to hospital despite my exhaustion.

There were many waiting; perhaps we will be delayed by more than an hour. I took my number and sat down in the waiting room. There were many faces, young and old, but all silent. Some brothers made use of the many booklets available in the waiting room. Some of those waiting had their eyes closed, while others were looking around. Most were bored. Once in a while the long silence was broken by a nurse calling out a number. Happiness appears on the one whose turn it is, and he gets up quickly; then silence returns..

A young man grabbed my attention. He was reading a pocket-sized Qur’an continuously; not raising his head even once. At first I did not think much about him. However, after one hour of waiting my casual glances turned into a deep reflection about his lifestyle and how he utilizes his time. One hour of my life wasted! Instead of making benefit of that hour, it was just a boring wait. Then the call for prayer was made. We went to prayer in the hospital's Masjid. I tried to pray close to the man who was reading the Qur'an earlier in the waiting room.

After the prayer I walked with him. I informed him of how impressed I was of him and how he tries to benefit from his time. He told me that most of our time is wasted without any benefit. These are days that go from our lives without being conscious of them or regretting their waste. He said that he started carrying the pocket-sized Qur’an around when a friend encouraged him to make full use of his time. He told me that in the time other people waste he gets to read much more of the Qur’an than he gets to read either at home or in the masjid. Moreover, besides the reward of reading the Qur’an, this habit saves him from boredom and stress.

He added that he has now been waiting for one and a half hours. Then he asked, “When will you find one and a half hours to read the Qur’an?” I reflected, “How much time do we waste? How many moments of our lives pass by, and yet we do not account for how they passed by? Indeed, how many months pass by and we do not read the Qur’an?” I came to respect my companion, and I discovered that I am to stand for account and that time is not in my hand; so what am I waiting for?

My thoughts were interrupted by the nurse calling out my number; I went to the doctor. But I want to achieve something now. After I left the hospital I quickly went to the bookshop and bought a pocket-sized Qur’an. I decided to be mindful of how I spend the time.

If this information is beneficial to you, then please do forward it to your friends and relatives. Our Prophet (Sallallaahu 'Alayhi Wasalaam) said; "Whoever guides or directs to good, then he gets the same amount of blessing (reward) as the one who does it"
The Prophet (Sallallaahu 'Alayhi Wasalaam) also said "Pass on knowledge from me even if it is only one verse"

Thursday, July 16, 2009

Few seconds from death




See the shots taken inside the plane before it crashed. Just unbelievable.



Photos taken from the GOL B 737 aircraft accident in Brazil

Last month a B737 had a mid air collision with a Embraer Legacy while cruising at 35,000 feet over South America . The Embraer Legacy, though seriously damaged, with the winglet ripped off, managed to make a landing at a nearby airstrip in the midst of the Amazon jungle. The crew and passengers of the Embraer Legacy had no idea what they had hit. The B737, however, crashed killing all crew and passengers on board.

The two photos attached above were apparently taken by one of the passengers in the B737, after the collision and before the aircraft crashed. The photos were retrieved from the camera's memory stick. You will never get to see photos like this. In the first photo there is a gaping hole in the fuselage through which you can see the tailplane and vertical fin of the aircraft. In the second photo one of the passengers is being sucked out of the gaping hole.
Photos taken inside the plane.

These photos were found in a digital Casio Z750, amidst the remains in Serra do Cachimbo. Although the camera was destroyed, the Memory Stick was recovered. Investigating the serial number of the camera the owner could be identified, as Paulo G. Muller, an actor of a theater for children known in the outskirts of Porto Alegre It can be imagined that he was standing during the impact with the Embraer Legacy, and during the turbulence he managed to take these photos, seconds after the tail loss the aircraft plunged, so the camera was found near the cockpit. the structural stress probably ripped the engines away, diminishing the falling speed, protecting the electronic equipment but not, unfortunately, the victims. Paulo Muller leaves behind two daughters, Bruna and Beatriz, from a previous relationship.

Tuesday, July 14, 2009

Mangsa Kebakaran




Mangsa masih hidup masa ni. Kesian bila tengok .. seksanya

Monday, July 13, 2009

Prime Perdana Club

11 Jul 09, Sabtu lepas aku join TT ngan budak2 perdana di Batu 3 Port Dickson. Seronok jugak lepak2, BBQ, borak ngan kawan2 baru.. wife ngan anak aku pun enjoy... ni lah dia gambar2 yg ada.




11 Jul 09, Sabtu lepas aku join TT ngan budak2 perdana di Batu 3 Port Dickson. Seronok jugak lepak2, BBQ, borak ngan kawan2 baru.. wife ngan anak aku pun enjoy... ni lah dia gambar2 yg ada.


Ni lah rupenya ibu jari aku yang terkoyak sebab tersepit kat pagar besi umah mentua aku... 5 jahitan.. sakit wooooo

Thursday, October 23, 2008

Samad Lefthanded Meninggal Dunia.. Al-Fatihah



Salam... lama sebenarnya aku tak dengar kabar berita pasal gitaris terkenal tanahair kita ni. Tapi dalam pukul 3.30 ptg tadi, aku terdengar DJ Sinar FM maklumkan bahawa arwah telah meninggal dunia.. akibat sesak nafas tak silap aku. Arwah meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 ptg tadi di Hospital Ampang.

For those out there yang tak kenal arwah, arwah adalah bekas gitaris kumpulan rock terkenal iaitu Lefthanded. Selain Man Kidal, Samad adalah antara gitaris yang berada dalam line-up awal Lefthanded..

Hilanglah sorang lagi anak Malaysia yang mempunyai bakat seni yang mengagumkan.. teringat aku masa zaman sekolah dulu, pulun habis nak carik lagu instrumental solo Joget yang arwah buat...


Takziah kepada keluarga arwah... AL-Fatihah...


Kenangan Bersamamu tidak dapat dilupakan.... (DJ Sinar FM mainkan lagu ni lepas maklumkan kematian arwah.... sedih pulak)

Tuesday, September 9, 2008

Camni pun boleh tidor?



Tak sampai hati aku nak angkat Ellisya keluar dari baby seat dia.. kadang2 bila angin tak betul dia sampai, tak boleh tidor dan merengek, seat ni la penyelamat.. mmg lentok dia tidor.

Monday, September 8, 2008

Desa Bestari, Salak Tinggi

Selalu aku dengar orang bercakap yang Rumahku Syurgaku... benarkah? hehehe.. Pengalaman aku, sejak 2 tahun menumpang tinggal dirumah mentua ni, betul la rasanya. Bukan maksudnya tak suka tinggal dengan mentua, tidak... tapi sebagai nakhoda sebuat kapal, rasa2nya keselesaan mentadbir sebuah keluarga lebih jelas kalau berada di 'kapal' sendiri... = rumah la tu.

Pertengahan tahun 2007 lalu, selepas disahkan dalam perkhidmatan to be exact serta berbekalkan ayat2 power dan taburan janji2 manis yg bahawasanya aku akan tolong buat kerja2 dapur, berjaya juga aku tambat hati bini aku utk membeli rumah sendiri. Hahahaha.... Boom Boom Banggggg!!!! Kalau tidak sampai bila2 laaa aku sekeluarga kena menepek kat umah mentua aku tu... ye la, mak mentua pun ada, nak berseluar pendek sambil tengok TV besar kat ruang tamu pun tak selesa. Err.. aku selesa je, takut mak mentua aku pulak yang takmo kuar dari bilik pasal segan. Hehehehe...

Apa2 pun... keputusan dah dibuat, duit deposit berjumlah Rm2xxx.xx juga telah dikeluarkan dari ASB dan dah selesai kat developer pun, loan dari Bhgn. Pinjaman Perumahan jugak telah diluluskan (mati la nak membayar...). Penghujung 2009 bakal mencatat sejarah baru dalam keluarga Pakcik Ezly.. can't wait for it.

Sneak peak rumah/ design rumah yg dibeli... Desa Bestari, Salak Tinggi, Sepang...



View jauh... Model Sephia 1 1/2 stored semi detached house... luas yg contoh ni 40x160 gitu2... mahal giler, aku beli 40x80 aje, desing yg sama, cuma keluasan tanah tak bapak godang macam yg ini laa... lagi pun bukannya aku nak berkebun pun.. tanam lalang takpe.



Yg ini baru 40x80. Contoh pandangan hadapan. Muat kot wira & ford tx3 aku tu.



Tangga ke tingkat atas. Juga bertindak sebagai partition antara living hall dengan dining hall (tak boleh la makan sambil tengok TV..huhuhu)



Ruangan dapur. Tempat aku berdiri utk snap dapur tu dining hall. Sebelah pintu keluar dapur tu ada tempat wet kitchen yang boleh muat sebuah kereta kancil..(gambar dibawah)





Ni la living hall. 42" LCD TV (mintak2 laa harga akan turun end of 2009 nnti) dan Xbox 360 aku bakal diletakkan disitu bersama2 home theatre Philips 5.1 aku tu.. Mmg berbulu la alin bila tgk aku berguling main game kat depan TV. hehehe...



Kawasan tanah tempat aku bakal bercucuk tanam.. pokok cili, pokok kacang botol,
pokok kari, pokok serai, daun bawang, pokok limau kasturi, dan last but not least... orkid ibu aku laa.

Tuesday, August 12, 2008

3 hari 2 malam di Sarawak

Minggu lepas aku dan opismate berpeluang ke Sarawak. Bukan bercuti tapi kerja daa.. Alhamdulillah, ada jugak rezeki aku ke sana.. dapat jugak laa ronda2 bandar. Tak lama pun kat sana, 3 hingga 5 Ogos aje... hehehe... Touchdown aje kat airport, tempat yg pertama aku singgah ialah toilet. hehehe. Hajat konon2 nak cuba toilet kat dalam airplane tu, tapi terpikir pulak, dari elok2 baju dan suar aku kering kang kuyup pulak aku dalam kapal terbang tu... so cancel.

Di sana, kami tinggal di hotel Harbourview. RM100 sehari. Lepas check-in takkan nak tido kot kan? Nak tido kat Semenanjung pun boleh tido... ni kat Sarawak skrg beb.... jom jalan2.



Gambar aku dengan kucing anak beranak
(Ingatkan besar sangat laa roundabout dia... rupe2nye...hmmmm)



Makan malam 3 Ogos 2008. Aku, Khairul & Fauzan sedang menunggu nasik goreng ayam sarawak... Khairul telah memberanikan diri utk order air yang pelik... sib baik tak medical leave esok tu. Malam tu sempat gak kitorang tengok wayang kat tepi hotel tu. The Mummy.. hahaha... RM10 per seat..



Hari pertama taklimat PTK di PPDK Padawan... kuih Auw Auw (betul ke Jojo eja benda ni)..
Thumbs up!!! Licin kami makan...

Seperti kebiasaan org2 JPN Sarawak sangat2 mengalu2kan kedatangan org Kementerian ke sana.. ke sana sini kami di bawa berjalan2. kalau nak harapkan kaki aku mmg kat depan hotel je la aku berjalan.. petang 4 Ogos 2008, driver kitorang, Abg Husairi bawak kitorang ke kilang buat kek lapis. Apa itu kek lapis?? Aku pun tak tau, dalam hati pelik kenapa bos aku mencarik benda2 tu... rupe2nya boleh tahan sedap serta boleh tahan mahal. Walaupun RM10 satu (tu yg murah aje) tup tap rupe2nye dah melayang RM40 aku beli 4 kek tu (2 utk ibu 2 utk mentua = fair & square)



Antara kek lapis yang belum di'lapis'kan antara satu sama lain. Word of advise... jangan laa cuba makan Kek Lapis Rempah... uwekkk nak termuntah aku jon.



Salah sorang aweks yang Fauzan cuba tegus tapi tak layan..
"Cik Adik.. abg nak tanya. Kek Lapis perisa Gambir takde ke....?... "

5 Ogos 2008, masa sesi taklimat berjalan aku ternampak satu objek yang hampir pupus di kawasan belakang PPDK tu.




Pendapat aku la, better letakkan dalam muzium daripada terbiar macam ni aje. Kalau dapat kat aku, boleh buat projek audio sound system. Buat keta jenazah boleh gak kot....



Kat mana2 pun jadi...respek respek



Ni lah dia tempat yg ibu aku sibuk suruh pegi.. lubuk ikan terubok masin. Macam2 jenis ikan ada, ikan yang penah belajar kat Uitm pun ada (Usahawan Ikan Terubok Masin). Si Redzuan boleh pulak buat lawak, "Ikan masin pun ada degree???" nasib baik tauke kedai tak dengar.. kalau tidak tak balik Semenanjung la si Wey tu. Setelah aku berurus niaga dengan penuh diplomasi.. (dapat gak laa diskaun yang hebat..hehehe) RM58 - RM2 = RM56 aku lebur kat situ.. tu pun dapat last minute discount sebab brader tu tersebut RM56... kalau tidak RM58... hehehe. Aku pun tak segan silu ler sebut "nak bagi Rm56 pun boleh bang... hehehe" Rezeki aku... hahaha

Hari terakhir takde pape pun buat... Jalan2 last kopek kat depan hotel tu.. Waterfront ke.. betul ke? Yang tinggal kat hotel ehem ehem.. tau2 je la siapa kan? hehehe



Apa benda ni pun aku tak tau... tapi lawa laa



Oppss....