Wednesday, July 16, 2008

Kenangan kini kenangan....

Inilah kereta first aku. Aku beli tahun 2001 bulan 10 seingat aku. Masa beli dulu keta ni stendet mendet, kancil 850 carbie manual. Ntah macamana aku boleh terjebak dalam kancah modifikasi kancil ni aku tak tau la. Tapi aku rasa aku ingat siapa, tak lain tak bukan, adik beradik aku Isa... hahaha. Dia la yang beriya-iya explain pasal barang2 kancil Mira ni... sudahnya seminggu lepas tu aku terus cekau seat L2 TRxx RM600 kat Hock Ming Seremban. heheheh... dan dari situ la bermula hidup mengabiskan duit aku kat keta kecik ni.

4 bulan lepas beli keta tu aku decide untuk upgrade ke enjin turbo terus. Masa tu aku tak kenal langsung kawan2 yang pakai enjin turbo mira ni, tapi bila baca dalam majalah kereta macam best aje, kebetulan pulak duit pun ada... so why not. RM2,300 aku perabih untuk beli halfcut L2s manual. Upah RM1,000 pulak.. siap aje kereta malam tu jugak aku dengan Isa ronda2 town seremban carik bahan untuk racing.. hehehe. Teringat aku bila first time aku tarik pickup dengan enjin ni. Aku ingatkan macam kancil stendet. Langsung terpelanting kawan aku tu ke belakang kereta (masa tu seat belakang sume tak pasang lagi)... oh yaa.. malam yg sama aku pusing2 town tu, 2 kali fuel hose pecah sebab dah reput. Nasib badan.....

Tahun 2004 bila aku dah keje selepas grad ijazah, aku upgrade enjin kereta ni konon2 nak bagi laju lagi laa. Blok enjin 660cc turbo tu aku tukarkan ke blok enjin kancil 850cc. Turbo ciput L2 ni pun aku sumbatkan siput sedut dari model Subaru Legacy RHF4 VF13. Gbox asal aku tukar kan jugak pakai gbox L2s LSD dan pakai final ratio 850 kancil untuk lebih panjang lagi. 2-3 bulan pertama hidup aku seronok sangat laa pasal banyak keta yang aku dapat ayamkan. Ditambah lagi dengan boost controller blitz DSBC, makin menyentap performance kancil ni.


Tapi jodoh aku dengan kancil ni tak lama, turbo RHF4 tu kong, dan tak lama lepas tu pulak bearing gbox aku pecah dan pressure plate pun boleh sumbing??? Oleh kerana masa tu aku dah mula nak masuk keje gomen, so income agak kurang la. At last sebelum aku nak berkursus 6 bulan, aku jual kan barang2 kereta ni, dan kereta tu aku bagi kat akak aku untuk sambung bayar... Akak aku pakai sampai laa sekarang ni, tak lama bulan 10 tahun 2008 ni abis ler utang kat Ambank tu. Best sgt la kakak aku nnti. hehehe.... Lepas kursus 6 bulan tu nak tau aku pakai kereta apa? Tungguuuuuuuuu.... ibu aku terkejut mamak tengok aku beli kereta tu.. hehehe.

Ni laa rupenye enjin bay yang dah siap convert ke 850 turbo tu. Tinggal kenangan....

1 comment:

SkiD said...

Peh!!! dasyat tu....