Tuesday, August 12, 2008

3 hari 2 malam di Sarawak

Minggu lepas aku dan opismate berpeluang ke Sarawak. Bukan bercuti tapi kerja daa.. Alhamdulillah, ada jugak rezeki aku ke sana.. dapat jugak laa ronda2 bandar. Tak lama pun kat sana, 3 hingga 5 Ogos aje... hehehe... Touchdown aje kat airport, tempat yg pertama aku singgah ialah toilet. hehehe. Hajat konon2 nak cuba toilet kat dalam airplane tu, tapi terpikir pulak, dari elok2 baju dan suar aku kering kang kuyup pulak aku dalam kapal terbang tu... so cancel.

Di sana, kami tinggal di hotel Harbourview. RM100 sehari. Lepas check-in takkan nak tido kot kan? Nak tido kat Semenanjung pun boleh tido... ni kat Sarawak skrg beb.... jom jalan2.



Gambar aku dengan kucing anak beranak
(Ingatkan besar sangat laa roundabout dia... rupe2nye...hmmmm)



Makan malam 3 Ogos 2008. Aku, Khairul & Fauzan sedang menunggu nasik goreng ayam sarawak... Khairul telah memberanikan diri utk order air yang pelik... sib baik tak medical leave esok tu. Malam tu sempat gak kitorang tengok wayang kat tepi hotel tu. The Mummy.. hahaha... RM10 per seat..



Hari pertama taklimat PTK di PPDK Padawan... kuih Auw Auw (betul ke Jojo eja benda ni)..
Thumbs up!!! Licin kami makan...

Seperti kebiasaan org2 JPN Sarawak sangat2 mengalu2kan kedatangan org Kementerian ke sana.. ke sana sini kami di bawa berjalan2. kalau nak harapkan kaki aku mmg kat depan hotel je la aku berjalan.. petang 4 Ogos 2008, driver kitorang, Abg Husairi bawak kitorang ke kilang buat kek lapis. Apa itu kek lapis?? Aku pun tak tau, dalam hati pelik kenapa bos aku mencarik benda2 tu... rupe2nya boleh tahan sedap serta boleh tahan mahal. Walaupun RM10 satu (tu yg murah aje) tup tap rupe2nye dah melayang RM40 aku beli 4 kek tu (2 utk ibu 2 utk mentua = fair & square)



Antara kek lapis yang belum di'lapis'kan antara satu sama lain. Word of advise... jangan laa cuba makan Kek Lapis Rempah... uwekkk nak termuntah aku jon.



Salah sorang aweks yang Fauzan cuba tegus tapi tak layan..
"Cik Adik.. abg nak tanya. Kek Lapis perisa Gambir takde ke....?... "

5 Ogos 2008, masa sesi taklimat berjalan aku ternampak satu objek yang hampir pupus di kawasan belakang PPDK tu.




Pendapat aku la, better letakkan dalam muzium daripada terbiar macam ni aje. Kalau dapat kat aku, boleh buat projek audio sound system. Buat keta jenazah boleh gak kot....



Kat mana2 pun jadi...respek respek



Ni lah dia tempat yg ibu aku sibuk suruh pegi.. lubuk ikan terubok masin. Macam2 jenis ikan ada, ikan yang penah belajar kat Uitm pun ada (Usahawan Ikan Terubok Masin). Si Redzuan boleh pulak buat lawak, "Ikan masin pun ada degree???" nasib baik tauke kedai tak dengar.. kalau tidak tak balik Semenanjung la si Wey tu. Setelah aku berurus niaga dengan penuh diplomasi.. (dapat gak laa diskaun yang hebat..hehehe) RM58 - RM2 = RM56 aku lebur kat situ.. tu pun dapat last minute discount sebab brader tu tersebut RM56... kalau tidak RM58... hehehe. Aku pun tak segan silu ler sebut "nak bagi Rm56 pun boleh bang... hehehe" Rezeki aku... hahaha

Hari terakhir takde pape pun buat... Jalan2 last kopek kat depan hotel tu.. Waterfront ke.. betul ke? Yang tinggal kat hotel ehem ehem.. tau2 je la siapa kan? hehehe



Apa benda ni pun aku tak tau... tapi lawa laa



Oppss....

2 comments:

Faiz... said...

I'm not your 1st commentor, am I?

I am born in Kuching and the last time I had ever been to Sarawak is in 1999.

Bilala nak tgk sedar mara kat sana. My parents has settle in quietly waiting for their retirements in Kuala Kangsar.

Just browsing on every PTDs' blog to see what would a PTD wrote in their blog.... so far nothing interest me much. But things do improve and you cannot please everybody.

Please comment on my new blog

http://everybodyliesblog.blogspot.com/

Anonymous said...

pojan tu kena ikat sentiasa. nanti hilang. kaki rumah urut tu. tau la nak kawin. kih2