Tuesday, September 9, 2008

Camni pun boleh tidor?



Tak sampai hati aku nak angkat Ellisya keluar dari baby seat dia.. kadang2 bila angin tak betul dia sampai, tak boleh tidor dan merengek, seat ni la penyelamat.. mmg lentok dia tidor.

Monday, September 8, 2008

Desa Bestari, Salak Tinggi

Selalu aku dengar orang bercakap yang Rumahku Syurgaku... benarkah? hehehe.. Pengalaman aku, sejak 2 tahun menumpang tinggal dirumah mentua ni, betul la rasanya. Bukan maksudnya tak suka tinggal dengan mentua, tidak... tapi sebagai nakhoda sebuat kapal, rasa2nya keselesaan mentadbir sebuah keluarga lebih jelas kalau berada di 'kapal' sendiri... = rumah la tu.

Pertengahan tahun 2007 lalu, selepas disahkan dalam perkhidmatan to be exact serta berbekalkan ayat2 power dan taburan janji2 manis yg bahawasanya aku akan tolong buat kerja2 dapur, berjaya juga aku tambat hati bini aku utk membeli rumah sendiri. Hahahaha.... Boom Boom Banggggg!!!! Kalau tidak sampai bila2 laaa aku sekeluarga kena menepek kat umah mentua aku tu... ye la, mak mentua pun ada, nak berseluar pendek sambil tengok TV besar kat ruang tamu pun tak selesa. Err.. aku selesa je, takut mak mentua aku pulak yang takmo kuar dari bilik pasal segan. Hehehehe...

Apa2 pun... keputusan dah dibuat, duit deposit berjumlah Rm2xxx.xx juga telah dikeluarkan dari ASB dan dah selesai kat developer pun, loan dari Bhgn. Pinjaman Perumahan jugak telah diluluskan (mati la nak membayar...). Penghujung 2009 bakal mencatat sejarah baru dalam keluarga Pakcik Ezly.. can't wait for it.

Sneak peak rumah/ design rumah yg dibeli... Desa Bestari, Salak Tinggi, Sepang...



View jauh... Model Sephia 1 1/2 stored semi detached house... luas yg contoh ni 40x160 gitu2... mahal giler, aku beli 40x80 aje, desing yg sama, cuma keluasan tanah tak bapak godang macam yg ini laa... lagi pun bukannya aku nak berkebun pun.. tanam lalang takpe.



Yg ini baru 40x80. Contoh pandangan hadapan. Muat kot wira & ford tx3 aku tu.



Tangga ke tingkat atas. Juga bertindak sebagai partition antara living hall dengan dining hall (tak boleh la makan sambil tengok TV..huhuhu)



Ruangan dapur. Tempat aku berdiri utk snap dapur tu dining hall. Sebelah pintu keluar dapur tu ada tempat wet kitchen yang boleh muat sebuah kereta kancil..(gambar dibawah)





Ni la living hall. 42" LCD TV (mintak2 laa harga akan turun end of 2009 nnti) dan Xbox 360 aku bakal diletakkan disitu bersama2 home theatre Philips 5.1 aku tu.. Mmg berbulu la alin bila tgk aku berguling main game kat depan TV. hehehe...



Kawasan tanah tempat aku bakal bercucuk tanam.. pokok cili, pokok kacang botol,
pokok kari, pokok serai, daun bawang, pokok limau kasturi, dan last but not least... orkid ibu aku laa.