Thursday, October 23, 2008

Samad Lefthanded Meninggal Dunia.. Al-Fatihah



Salam... lama sebenarnya aku tak dengar kabar berita pasal gitaris terkenal tanahair kita ni. Tapi dalam pukul 3.30 ptg tadi, aku terdengar DJ Sinar FM maklumkan bahawa arwah telah meninggal dunia.. akibat sesak nafas tak silap aku. Arwah meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 ptg tadi di Hospital Ampang.

For those out there yang tak kenal arwah, arwah adalah bekas gitaris kumpulan rock terkenal iaitu Lefthanded. Selain Man Kidal, Samad adalah antara gitaris yang berada dalam line-up awal Lefthanded..

Hilanglah sorang lagi anak Malaysia yang mempunyai bakat seni yang mengagumkan.. teringat aku masa zaman sekolah dulu, pulun habis nak carik lagu instrumental solo Joget yang arwah buat...


Takziah kepada keluarga arwah... AL-Fatihah...


Kenangan Bersamamu tidak dapat dilupakan.... (DJ Sinar FM mainkan lagu ni lepas maklumkan kematian arwah.... sedih pulak)

No comments: