Di sana, kami tinggal di hotel Harbourview. RM100 sehari. Lepas check-in takkan nak tido kot kan? Nak tido kat Semenanjung pun boleh tido... ni kat Sarawak skrg beb.... jom jalan2.
Gambar aku dengan kucing anak beranak
(Ingatkan besar sangat laa roundabout dia... rupe2nye...hmmmm)
Makan malam 3 Ogos 2008. Aku, Khairul & Fauzan sedang menunggu nasik goreng ayam sarawak... Khairul telah memberanikan diri utk order air yang pelik... sib baik tak medical leave esok tu. Malam tu sempat gak kitorang tengok wayang kat tepi hotel tu. The Mummy.. hahaha... RM10 per seat..
Hari pertama taklimat PTK di PPDK Padawan... kuih Auw Auw (betul ke Jojo eja benda ni)..
Thumbs up!!! Licin kami makan...
Antara kek lapis yang belum di'lapis'kan antara satu sama lain. Word of advise... jangan laa cuba makan Kek Lapis Rempah... uwekkk nak termuntah aku jon.
Salah sorang aweks yang Fauzan cuba tegus tapi tak layan..
"Cik Adik.. abg nak tanya. Kek Lapis perisa Gambir takde ke....?... "
Pendapat aku la, better letakkan dalam muzium daripada terbiar macam ni aje. Kalau dapat kat aku, boleh buat projek audio sound system. Buat keta jenazah boleh gak kot....
Ni lah dia tempat yg ibu aku sibuk suruh pegi.. lubuk ikan terubok masin. Macam2 jenis ikan ada, ikan yang penah belajar kat Uitm pun ada (Usahawan Ikan Terubok Masin). Si Redzuan boleh pulak buat lawak, "Ikan masin pun ada degree???" nasib baik tauke kedai tak dengar.. kalau tidak tak balik Semenanjung la si Wey tu. Setelah aku berurus niaga dengan penuh diplomasi.. (dapat gak laa diskaun yang hebat..hehehe) RM58 - RM2 = RM56 aku lebur kat situ.. tu pun dapat last minute discount sebab brader tu tersebut RM56... kalau tidak RM58... hehehe. Aku pun tak segan silu ler sebut "nak bagi Rm56 pun boleh bang... hehehe" Rezeki aku... hahaha
Hari terakhir takde pape pun buat... Jalan2 last kopek kat depan hotel tu.. Waterfront ke.. betul ke? Yang tinggal kat hotel ehem ehem.. tau2 je la siapa kan? hehehe
Apa benda ni pun aku tak tau... tapi lawa laa