Monday, September 8, 2008

Desa Bestari, Salak Tinggi

Selalu aku dengar orang bercakap yang Rumahku Syurgaku... benarkah? hehehe.. Pengalaman aku, sejak 2 tahun menumpang tinggal dirumah mentua ni, betul la rasanya. Bukan maksudnya tak suka tinggal dengan mentua, tidak... tapi sebagai nakhoda sebuat kapal, rasa2nya keselesaan mentadbir sebuah keluarga lebih jelas kalau berada di 'kapal' sendiri... = rumah la tu.

Pertengahan tahun 2007 lalu, selepas disahkan dalam perkhidmatan to be exact serta berbekalkan ayat2 power dan taburan janji2 manis yg bahawasanya aku akan tolong buat kerja2 dapur, berjaya juga aku tambat hati bini aku utk membeli rumah sendiri. Hahahaha.... Boom Boom Banggggg!!!! Kalau tidak sampai bila2 laaa aku sekeluarga kena menepek kat umah mentua aku tu... ye la, mak mentua pun ada, nak berseluar pendek sambil tengok TV besar kat ruang tamu pun tak selesa. Err.. aku selesa je, takut mak mentua aku pulak yang takmo kuar dari bilik pasal segan. Hehehehe...

Apa2 pun... keputusan dah dibuat, duit deposit berjumlah Rm2xxx.xx juga telah dikeluarkan dari ASB dan dah selesai kat developer pun, loan dari Bhgn. Pinjaman Perumahan jugak telah diluluskan (mati la nak membayar...). Penghujung 2009 bakal mencatat sejarah baru dalam keluarga Pakcik Ezly.. can't wait for it.

Sneak peak rumah/ design rumah yg dibeli... Desa Bestari, Salak Tinggi, Sepang...



View jauh... Model Sephia 1 1/2 stored semi detached house... luas yg contoh ni 40x160 gitu2... mahal giler, aku beli 40x80 aje, desing yg sama, cuma keluasan tanah tak bapak godang macam yg ini laa... lagi pun bukannya aku nak berkebun pun.. tanam lalang takpe.



Yg ini baru 40x80. Contoh pandangan hadapan. Muat kot wira & ford tx3 aku tu.



Tangga ke tingkat atas. Juga bertindak sebagai partition antara living hall dengan dining hall (tak boleh la makan sambil tengok TV..huhuhu)



Ruangan dapur. Tempat aku berdiri utk snap dapur tu dining hall. Sebelah pintu keluar dapur tu ada tempat wet kitchen yang boleh muat sebuah kereta kancil..(gambar dibawah)





Ni la living hall. 42" LCD TV (mintak2 laa harga akan turun end of 2009 nnti) dan Xbox 360 aku bakal diletakkan disitu bersama2 home theatre Philips 5.1 aku tu.. Mmg berbulu la alin bila tgk aku berguling main game kat depan TV. hehehe...



Kawasan tanah tempat aku bakal bercucuk tanam.. pokok cili, pokok kacang botol,
pokok kari, pokok serai, daun bawang, pokok limau kasturi, dan last but not least... orkid ibu aku laa.

249 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 249 of 249
amin said...

Bro Ezad, dpt tel contractor?

Danial said...

alhamdulillah. bank br kol,loan rumah saya da lulus. gune loan RHB. tgh tunggu offer latter dr bank. berkat kelahiran anak sulung sy harini.:-)

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Kehadapan semua,
Agak2lah kan..berapa lot lagi yang tinggal utk Jasmine ekk?

Berminat & berkemampuan nak beli Jasmine. Klau takde aral melintang, monday next week nk letak booking. Harap2lah sempat dpt sebuah umah kt Desa Bestari ni..

Sy dah baca semua comment..mcm ramai jer bakal jiran2 yg namanyer ejad..Hehe..

Sy pun Ejad jugak..harap sgt mjadik warga Desa Bestari...

Erm...1 lagi, klau pakai loan gomen..berapa lame ekk leh dpt tau loan approve?

Jasa bro2 skalian amatlah dihargai..

Budak2 main kejar2..maklumlah sy ni budak br belajar..

ezad said...

http://www.grilles.my/en/index.html. pada sape2 yg ingin tukar pagar, boleh browse web situ. menarik! kita boleh customkan design.

ezad said...

Baru tengok progress rumah pagi ni. dinding dah naik. rupanye kat belakang ade nak buat jln kecik.so takdelah dekat dgn bukit sangat.

En Hassan OIB ade cakap dia org nak buat lagi rumah sephia kat lot2 kosong tepi jasmine tu. baru nak open for booking. tapi harge up sikit lah RM250~260k.

Anonymous said...

nak tanya...taska ni ada lesen tak?

Hamba Allah said...

Jemputan khas buat kaum bapa Penduduk Desa Bestari ke Majlis Bacaan Yasin di Rumah Saudara Hassannuddin Bin Abd Hamid (maaf kalau ejaan salah) di alamat No 11 Jalan Desa Bestari 1, Tarikh 16 Jan 2010, Jam 8 malam. Kehadiran tuan-tuan semua amat dialu-alukan. Jemputan disampaikan melalui wakil beliau Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Desa Bestari.

Mr Ombak said...

Wah, ramai rupanya org Desa Bestari nie..sapa developernya?

Saya jemput semua warga Desa Bestari join forum komuniti Bandar Baru Salak tinggi di :
ttp://www.salaktinggi.com.
Sila emel/PM admin jika anda nak buka satu Sub Forum untuk Desa Bestari..kalau berbincang kat forum mudah sikit kan, kalau tak kesian encik Ezly kita nak kemaskini komen..

Hamba Allah said...

Gambar Majlis Ramah Mesra Penduduk Desa Bestari 23 Januari 2010

http://picasaweb.google.com/DesaBestari/MajlisRamahMesraJan2010?authkey=Gv1sRgCPfS36ev_7XrLw&feat=directlink

Hamba Allah said...

Gambar Majlis Ramah Mesra Penduduk Desa Bestari 23 Januari 2010

http://picasaweb.google.com/DesaBestari/MajlisRamahMesraJan2010?authkey=Gv1sRgCPfS36ev_7XrLw&feat=directlink

Anonymous said...

To all newcomer of Desa Bestari, selamat datang. We all dari fasa 1 mostly pindah masuk penghujung 2008lepas..Alhamdullilah its a nice n serene place to live n to bring up your family.

ezlytx3 said...

kami ni geng2 fasa 3 tak tau la bila dpt pindah.. rumah bocor lagi. tangga senget..hmmmmm

Anonymous said...

Hmm..thats some of the cabaran yg saudara kena bersabar la bila berhadapan ngn pembelian rumah baru.. kami time br pindah masuk pun tensen gak, tambahan pula bila dealing dngn contractor renovate umh yang agak sukar dan bermasalah... Siap macam-macam alasan di beri dan bertegang urat leher dealing ngn dia.. stalking kami sampai ke Anjung, Putrajaya. Siap knocking on the window keta (ala-ala along mintak byr hutang) soh mintak langsaikan bayaran yang hanya tak seberapa sahaja. Sedangkan kami byr upfront awal ahead of schedule lg tue walhal kerja yang di laksanakan not up to satisfactory...so..harap saudara dapat bnyk bersabar la..biar lmbt sedikit tapi berbaloi rumah siap, berbanding siap cepat tp bnyk defect.

ezlytx3 said...

kalau defect byk kita ke yg keluarkan kos repair?? atau semuanya developer akan tanggung??/

Anonymous said...

Ofcourse la bkn kita yg kluarkan kos repair..kopak bank serta melecet paha la akibat kerap keluarkan duit dari kocek seluar kalau kita yang tanggung kos repair. Bila penyerahan kunci dah di buat, akan ada cam grace period saya tak ingat berapa bulan (sebulan o dua bulan kot) untuk kita wat any komplen (sertakan pics sekali) to the developer about any defects serta kerosakan cam chipped tiles, bumbung bocor, cracked walls, etc. Tindakan susulan serta tanggungan akan di buat oleh pihak mereka lah. In fact kalu defects tu ketara sangat sebelum penyerahan kunci lagi, komplen secepat mungkin lg elok.

ezlytx3 said...

ok, thanks for the advise. pas ni nak lawat rumah kena bawak camera terus laa

Anonymous said...

tuan- tuan semua, saya cadang nak beli rumah di tmn desa bestari ni.yg tinggal jenis jasmin saja. ok ker jnis tu dgn harga yg ditawarkan.apa bezaan dgn sephia. tq. mohon bertanya

ezad said...

berapa harge yg ditawarkan? skrg dengar dah naik sampai 250k. beza jasmine n sephia ni cume keluasan tanah n jumlah bilik. jasmine kecik sikit lah, 40x70sqf so build-upnye kecik sikit. tapi kalau nak banding dgn link house, besar dah tuh.

bagi saya ler, rumah kat desa bestari memang sangat2 berbaloi kalau beli coz semi-d murah, besar, free hold n kawasan 100% org melayu yg paling org melayu dok rebut2.. kalau nak jual sure market value tinggi. skrg salak tinggi pon dah mula membangun. sri pajam kat seberang jln tu yg 35x70sqf pon jual 400k semi-d.

Danial said...

saya amek jenis jasmine.. sbb family xbrp nk besar lg.. hehe.. dr segi rega mmg desa bestari rega masih boleh beli la compare dgn tmn exora double storey 20x65 rm223k..

ezlytx3 said...

jasmine skrg bape RM$$$ boleh dpt ye? last time saya beli Sephia tu RM216k.. tak tau laa value still sama atau lain.

ezlytx3 said...

guys, aku ada upload gambar2 defects pada rumah aku.. feel free to view.. mana tau kita sekapal.. hehehe..klik sini http://meggikarikupedas.blogspot.com/2010/02/defect-desa-bestari.html

Danial said...

jasmine 220k bro..

Hj Ali said...

salam semua bakal jiran2 ku... saya li, baru je approved loan utk beli rumah kat sini.subsale..beli dr kwn..jalan 6..desa bestari ni dah ada forum khas belum?

hj ali said...

salam..pengalaman nak beli rumah subsale kat desa bestari ni mmg menyayat hati....pergi ke 14 bank...rata2 evaluer yg bank call bg value dlm 190-220k shj...alasan salak...hampeh tul...dahlah tinggal 2 bank jer ada ZEC...akhirnye berjaya diluluskan...sekarang tengah pikir nak byr lawyer, pasang lampu kipas,grill (ingat nak pagar dgn ayat quranjer tp wife tak percaya kewarakan aku) dgn kitchen cabinet..

salam kwn...selamat berkenalan

ezlytx3 said...

forum rasmi takde lagi Hj. Ali, tapi ada laa group Desa Bestarians ni di Facebook.. Apa2 pun, selamat datang lah menjadik warga Desa Bestari ni. Sy pun belum dpt kunci lagi. Ntah bila lah nak dapat.

Anonymous said...

subsale?? berapa harge tuan rumah tu jual? masak nak kena topup bakinyer kalau less than 240k. actually loan 240k boleh lg dapat. tengok pada bank cawangan manalah.

lawyer bank dpt free? kalau tak pon masak gak nak membayor.. 4k tuh + lawyer developer lagi..

ape pon selamat mejadi warga desa bestari. rumah saya kat fasa belakang nuh.. ngadap hutan tepi bukit. ntah bile ler nak siap. baru nak pasang bumbung skrg.

ezlytx3 said...

rumah dah siap.. aku baru je dpt surat tadi. bayaran tertunggak rm5000 siut... boleh minta kurang ke??

hj ali said...

salam sahabat2...kwn yg jual tu 240k..syukur dapat evaluer yg bole bg nilai tu.loan 90% jer..kalo dpt full loan cantik gak..tp tak dptla..ni tunggu duit epf..kasi kuar akaun 2 utk d/p.

sahabat2 yg dok sini..dulu beli rumah ni dapat diskaunkan? harga kat papantanda 2XXk ke atas..tp berapa yg tuan2 dapat masa beli?

masa beli tu berapa interest? loan 30thn berapa installment masa tu?

yg jual kat saya dulu dia beli 200k ngam2..dia jual 240k..

haji ali said...

encik ezlytx3 beli bila?berapa harga rumah masa beli dulu? interest?

hj ali said...

mujur beli dgn kwn2...ramai kata 240k tu ok sbb umah dah siap..

Anonymous said...

sapa beli tahn lepas x ada diskaun dh,harga rm240k

ezad said...

En Ali bertuah betul.. 240k sama harge dgn rumah sy ler.. tapi rumah sy belum siap lagi. tahun depan kot boleh duduk pon.

dah setel loan? bank mana? last time sy dapat 3.8 bank islam 30 tahun.

Hamba Allah said...

mohon laluan blog link:
http://desabestari.blogspot.com/

ezlytx3 said...

salam, aku dah terima surat utk ambil kunci..

just nak tanya.. boleh ke kita pasang grill ye bila dah ambil kunci tu?? atau kena tunggu dpt CF dulu???

ezlytx3 said...

guys, ni gambar2 major defects pada rumah aku...

http://meggikarikupedas.blogspot.com/2010/02/defect-desa-bestari.html

Hamba Allah said...

Dafter Sekolah Anak dengar citer kena buat online dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010.

http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/

Sila Semak sebelum terlambat.

ezlytx3 said...

rumah aku semalam diorang dah mula cuci... dengar kabar minggu ni dapat CF... ntah ye ke tidak. hmmm.

aku dpt quotation rm6k utk grill.. design bunga padi.. mahal kaa murah arr??

ali said...

yer grill berapa hah..ikutkan Dr azman USIM tu grill rumah dia je dekat 10k...mahal tul....kalo 6k tu mcm murahjer..

ingat nak tanya member aku kat banting yg buat grill..rumah mak aku kat kg 40x80( bukan tanah tp rumahnye) punya rumah grill baru rm2400 jer...

ezlytx3 said...

harap2 laa kualiti dia buat ok. ni nak tolong melayu ni. haha. aku cakap kat budak tu, buat cantik2, nanti aku leh tolong promote.. tapi kalau hampeh dia buat, kem salam laa... aku je la yg menyesal. hmmmm

RM2.4k utk built up 40x80 murah sangat2 tu...

Anonymous said...

kalau rm2400 pagar besi biasa bukan wrought iron. manank dpt harga mcm 2 skrg dh

hj ali said...

mmg bkn wrought iron..ini kes nak jimat pakai besi biasa2je...wrought iron ni utk cantik jer...kalo nak dipotong dengan cutter tu biasanye bukan batang2 besi..tapi mangga atau cupingnye..

tp aku ingat kalo besi biasa biasa pun, takder kedai di area sepang, ulu langat boleh bagi lagi murah dr 4k utk grill satu rumah di desa bestari...

hj ali said...

setakat ni kena byr s&p kat lawyer 2.8k..deposit 10 percent...biasalah subsale...kalo beli dr pemaju mesti free legal fee dan dpt full loan siap diskaun...err apa lagi yg nak kena byr huh..

li said...

info from kak lyn

ni ader package for renovation...harap bleh bagi komen

Pakej A (RM2,000 - RM 3,000)(pilih 1 shj)
- Kemasan siling lepa (680 - 920 persegi)
- Kabinet dapur jenis Melamine (bhgn atas dan bawah beserta kemasan aluminium)(9 kaki panjang)
- Kabinet dapur konkrit beserta sinki dan pintu (9 kaki panjang)
- Jeriji tingkap & pintu (200 - 270 kaki persegi)
- Mengecat (bhgn dalaman rumah shj)
- Kerja-kerja pemasangan lampu dan kipas (percuma 1 kipas siling)



Pakej B (RM 4,000 - RM 7,000) (pilih 1 shj)
- kemasan siling lepa dan mengecat (bhg dalaman rumah shj) (teres 1 tingkat/kondo)
- Kabinet dapur konkrit serta kabinet bhgn atas termasuk sinki dan pintu (9-11 kaki persegi)
- Jeriji "wrought iron" untuk keseluruhan rumah termasuk pintu
(680 - 850 kaki persegi)



Pakej C (RM 12,000)
1) Mengecat keseluruhan bahagian dalaman rumah shj
2) "Cornice" di ruang tamu dan ruang makan
3) Jeriji besi untuk keseluruhan rumah (150 kaki persegi)
4) Jeriji besi untuk pintu pagar depan dan "sliding door"(112 kaki persegi)
5) Kabinet dapur konkrit termasuk pintu (9 kaki persegi) sinki dan ruang untuk meletakkan dapur gas
6) Kemasan pintu bersalut aluminium untuk kabinet atas (9 kaki persegi)
7) Pemasangan jubin di tempat letak kereta (car porch)(350 kaki persegi

Anonymous said...

Untuk tempahan grill, wrought iron, awning dan pintu pagar.

1- Anggaran harga grill untuk sebuah rumah - normal iron ;
RM 1600 - RM 2700 (tertakluk pada rekabentuk grill)



2- Anggaran harga grill untuk sebuah rumah termasuk pintu - wrought iron ;
RM 4000 - RM 6000 (tertakluk pada rekabentuk grill)



3- Jeriji belakang (backyard) untuk normal iron ;
RM 750 - RM 900

Tun said...

dah try tanya developer untuk sephia tgk2 dah habis...last2 beli teres kat sripajam...tapi untung la beli sini dgn harga sama buleh dpt Semi D

Anonymous said...

tun,

sephia dh x ada tp lain type lain sikit paling besar 40x80, mrk x pasti bila nk lunching.

Anonymous said...

a'kum semua, ade sesape beli daisy fasa 4 tu tak?

Anonymous said...

ada tak sesape yg beli type daisy kat desa bestari ni????

mardhiah mansor said...

salam. desa bestari ada siapa yang tahu tak owner mana nak jual. dan siapa nak jual. saya berminat.tq. 019 246 3787

«Oldest ‹Older   201 – 249 of 249   Newer› Newest»